CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 24 Jun 2010

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak membawa apa apa makna kerana disebaliknya ia akan membawa kemudaratan,tetapi satu ciman yang pantas ia nya menyingkap seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat......"
KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU
Kekasihku,dalam setiap degupan jantungku ada kasihku padamu dan selagi mana jantungku masih berdegup,selagi itulah aku kan terus mengashimu.
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN. 
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI " 
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAHUNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG. 
" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki. ( A.L Alek Wong)
" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan" 
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"
" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". 
" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir" 
" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)
" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ya Allah...
Seandainya telah Kau catatkan ..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kebahagiaan itu abadi..
Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah..
Seandai telah Kau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku senantiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Ya Allah ya tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan ...
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..
Ya Allah....
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..
AMIN.... AMIN... AMINN...
Ya Rabbal'alamin..




Dunia ini ibarat pentas lakonan


Manusia itulah pelakon dan pengarah utama nya


Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya


Malaikat itulah jurugambarnya


Islam itulah jalan ceritanya


Kiamat itulah kesudahan pengambarannya


Padang Masyhar tempat penganugerahannya


Rasullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaik


Allah Subhanna Wataala adalah hakimnya


Syurga atau Neraka adalah trofinya

Cinta & Takut

Jun21
Assalamualaikum....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Hari ni aku nak mengingatkan diri tentang apa yang aku telah dengar sewaktu kuliah maghrib di sebuah surau annonymous semalam. Kuliah yang cukup menarik, kupasan serta ulasan yang kelihatan biasa-biasa terselit makna yang sungguh luar biasa. Diselit dengan jenaka-jenaka yang membuatkan jemaah tanpa sedar sedang disindir oleh ustat annonymous (aku tak tau nama ustat tuh) tersebut.

Ceramah dimulakan dengan bacaan doa yang menjadi kebiasaan oleh setiap penceramah sebelum memulakan ceramah mereka.... Ustat (ejaan ikut lahjah sebutan melayu) tu bagitau tajuk ceramahnya ialah "Khusyu' Dalam Solat". Satu tajuk yang telah begitu lama dibincang oleh golongan alim ulama'.

Namun tiada sebarang jalan penyelesaian terhadap masalah ini. Pelbagai tips dan pendekatan di sarankan. Bermula dengan 'perbuatan' sebelum solat, wudhu, 'perilaku' tatkala solat dengan memahami bacaannya, renungi maknanya dalam-dalam, 'perangai' diluar solat, dengan makanannya, pergaulannya, muamalahnya dan pelbagai aspek yang di cakupi untuk mendapat khusyu' dalam solat.

Ustat tu tambah lagi beserta contoh, kalau orang solat dan berbunyi mercun di sebelahnya. Seusai solat bila ditanya "Engkau dengar tak bunyi mercun tadi?". Ada 2 jawapan yang membawa kepada 2 natijah (mengikut Model Khusyu' Kita).

1. Dengar - kompom tak khusyu' sebab dengar bunyi mercun.
2. Tak Dengar - kompom pekak.

Silakan pilih jawapan anda...

Adakah khusyu' itu tidak menyedari apa yang berlaku disekitar kita tatkala solat?
Apa kes Nabi SAW dukung cucu baginda tatkala solat? Nabi tak khusyu'?

dan banyak lagi contoh solat Nabi SAW yang jika kita ikut Model Khusyu' Kita akan mengakibatkan kita menuduh Nabi SAW tak khusyu'... Nauzubillah.

Ustat tu kata lagi, ada jugak antara kita yang solat nih tak gerak-gerak tatkala solat. Sehingga nyamuk gigit pun wat dono je... sedangkan dalam hati "Tunggu kau nyamuk, siap kau lepas solat ni aku kejar kau sampai dapat... tunggu kau". Adakah itu Model Khusyu' Kita? Kita tercari-cari dan masih tercari-cari sehingga ke saat ini bagaimana untuk khusyu' dalam solat (bagi yang mencari). Ada juga mereka yang sudah putus harap dengan hakikat khusyu' lantas mengeluarkan 'fatwa' bahawa umat akhir zaman ni memang takda harapan untuk rasa khusyu' dalam solat. Pulak...!!!

Ustat tu tambah lagi, dia pernah pegi satu muzakarah antara ustat-ustat yang membincangkan tentang permasalahan khusyu'. Dalam perbincangan tu pelbagai tips dan saranan dibuat oleh para ustat. Namun tiada seorang pun yang menerangkan APA MAKNA KHUSYU'... Macam mana nak mencari sesuatu kalau kita tak tahu apa yang kita cari? Macam mana nak cari durian kalau kita tak tahu apa itu durian? Aku permudahkan lagi. Macam mana nak bersugi kalau kayu sugi pun kita tak tawu cemana rupa?

Lalu ustat itu pun bagi la apa makna khusyu.... Eh sebelum tu aku nak petik makna khusyu yang didefinisikan oleh beberapa orang ilmuwan terkemuka Islam.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya mengatakan bahwa Khusyu’ adalah: “Ketenangan, tuma’ninah, pelan-pelan, ketetapan hati, tawadhu’, serta merasa takut dan selalu merasa diawasi oleh Allah ‘Azza wa Jalla.”

Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan bahwa Khusyu’ adalah: “Menghadapnya hati di hadapan Robb ‘Azza wa Jalla dengan sikaptunduk dan rendah diri.” (Madarijusslikin 1/520 )

dan yang ini agak panjang...

“Hadirnya hati di hadapan Allah Subhânahu wa Ta’âla, sambil mengkonsertasikan hati agar dekat kepada Allah Subhânahu wa Ta’âla, dengan demikian akan membuat hati tenang, tenangnya gerakan-gerakannya, beradab di hadapan Robbnya, konsentrasi terhadap apa yang dia katakan dan yang dilakukan dalam shalat dari awal sampai akhir, jauh dari was-was syaithan dan pemikiran yang jelek, dan ia merupakan ruh shalat. Shalat yang tidak ada kekhusyukan adalah shalat yang tidak ada ruhnya.” (Tafsir Taisir Karimirrahman, oleh Syaikh Abdurrahman Nashir as-Sa’di)

Dapat ke gambaran awal?

Ustat tu pun bagi makna khusyu'. Khusyu' ialah:
"MERASA atau PERASAAN cinta dan takut pada Allah Subhanahuwata'ala"

cinta? apa itu cinta?
Bagaimana perilaku sang pencinta kepada yang dicinta?
Bagaimana perhatian pencinta kepada yang dicinta?
Bagaimana tumpuan pencinta kepada yang dicinta?

Jika yang dicinta itu kereta:
Dilap kereta tersebut setiap hari agar tampak berkilat.
Dijaga setiap inci kereta tersebut dari dihinggapi debu.
Usaha dan pendapatannya dicurahkan terhadap kereta tersebut. Segala macam peralatan tambahan dan accessories akan diusahakan bagi men'cantik'kan kereta tersebut dari kacamata sipemilik. Pemilik tidak peduli apa kata orang lain yang terkadang orang lain nampak kereta tersebut berserabut atau dah macam UFO atau Kereta Berhias. Bagi pemilik, biar dia puas menyolek keretanya. Biar habis beribu yang penting kereta ku 'unik'.

Jika yang dicinta itu orang:
Dijaga akan tuturkata dan tingkah lakunya dihadapan orang yang dicintainya. Hipokritnya menjadi-jadi. Busuk orang itu dianggap wangi. Salah orang itu dianggap benar atau tak mengapa.

Bagi perempuan yang menyintai lelaki, pasangannya yang tak solat berjemaah di masjid / surau tatkala masuk waktu tatkala sedang 'dating' tidak menjadi apa-apa. Tidak merasa bersalah pasangannya menghisap 'lebih 4000 jenis racun' masuk ke dalam paru-paru seolah-olah membunuh diri. Tidak merasa bersalah bersentuhan kulit dengan pasangannya yang belum halal dengan jalan nikah serta tidak merasa apa-apa. Walhal kalau suruh pegang kulit babi tahu pulak najis dan merasa jijik. Sedangkan bersentuhan kulit dengan bukan mahram dosanya lebih berat dari itu... Malah secara suka suki dan suka rela mendermakan 'dara' nya sebagai tanda setia yang tidak berbelah bagi kepada 'cintanya' sebelum nikah!!!

Bagi lelaki pula yang menyintai perempuan, pasangannya yang tak solat awal waktu (time boleh solat) tatkala masuk waktu sewaktu tengah 'dating' tidak menjadi apa-apa. Tidak merasa bersalah tatkala melihat pasangannya tidak menutup aurat dengan sempurna. Malahan menggalakkan memakai pakaian tersingkat dan ter'transparent' jika ada. Tidak merasa bersalah jika mendengar suara mendayu dan merayu dari pasangannya malahan rasa seronok diperlakukan sedemikian. Tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya untuk melindungi wanita, malahan memperguna kesetiaan, kesucian serta ke'innocent'an wanita untuk merompak 'dara' wanita yang belum dinikahinya sebagai bukti cinta.

Adakah itu cinta? atau

Cinta itu murah hati serta sabar, ia tidak cemburu, tidak memegahkan diri, tidak sombong dan tidak melakukan yang tidak sopan. Cinta itu tidak mementingkan diri sendiri atau pun pemarah. Cinta tidak menyimpan kesalahan orang lain. Cinta bersukacita karena kebenaran, dan bukan karena ketidakadilan. Cinta senantiasa memberikan dukungan, setia, percaya segala sesuatu dan mengharapkan segala sesuatu. Cinta tidak pernah gagal! Jadi cinta sejati adalah hal menginginkan orang lain bahagia, bukan menginginkan diri kita sendiri yang bahagia.

Timbang-timbangkan...

Kembali ke topik, ustat tu bagitau bahawa untuk belajar khusyu', kita hanya perlu RASA cinta dan takut pada Allah. Kita perlu MERASAKAN cinta dan takut. Kita perlu menghadirkannya... Ustat tu kata lagi, Bila buat kerja Allah (spt solat), kita kena lupakan dunia dan bila buat kerja dunia, jangan sesekali lupakan Allah. Aku ulang sekali lagi.

Bila buat ibadah, lupakan dunia. Bila buat kerja dunia, jangan lupakan Allah.

Sebab tu bila kita solat, kita tak rasa apa-apa yang best. Kita tak rasa cinta dan takut. Tu pasal kita solat macam melepaskan batuk ditangga. Rukuk, sujud tanpa tama'ninah. Solat macam ayam patuk padi. Baca Fatihah satu nafas. Duduk antara dua sujud tak lebih dari 5 saat sedangkan kita mempersembahkan 8 permohonan pada Allah!!! Kita tak pernah rasa seronok solat sebab TIADA CINTA. Bayangkan bagaimana perilaku anda sewaktu bercinta dulu atau yang sedang bercinta sekarang.... Jangan double standard pada Allah. Dimana Allah dalam priority hidup kita.

Ustat tu tutup dengan beberapa tips atau tanda orang malas solat / ibadah:

1. Tak ingat Allah dan tak merasa seronoknya beribadah.

2. Cintakan dunia dan takut mati (Penyakit Wahan)

3. Banyak buat dosa zahir seperti tak tutup aurat, tengok benda haram (blue film dsbg) dan buat dosa batin dengan melazimi sifat mazmumah marah, hasad dengki, kedekut dan boleh rujuk pada Pak Cik Google untuk maklumat lanjut.

Akhirnya, oleh kerana aku ada kerja lain nak buat... aku stop entry aku kat sini... Moga peringatan ini boleh aku amalkan dan tatkala aku terlupa boleh aku rujuk balik kat sini.

Tip-tip memupuk dan membina keyakinan diri

Apr27
Dengan Allah:
Bergantung hanya pada Allah. meletakkan kebergantungan hanya pada Allah. letak Allah dahulu berbanding yang lain. 'Inna Lillah Wa inna illaihi raji'un'
Jaga solat 5 waktu. tingkatkan kefahaman terhadap solat dan cari bagaimana mengapai rasa khusyu'.
Sentiasa merasa berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubatterhadap kesilapan dan kesalahan samada kecil atau besar, sengaja atau tidak.
Baca al-Quran dan bertadabbur dengannya. melazimi membaca al-Quran beserta memahami maknanya.
Berzikir dengan wirid-wirid tertentu secara konsisten dan istiqamah. setiap hari kita mohon petunjuk dari Allah agar ditunjukkan jalan yang mustakim, iaitu jalan yang konsisten menuju Allah. maka kita kena usaha untuk menuju ke arah itu.

Dengan 
diri sendiri:
Percaya pada diri. katakan anda boleh. anda adalah khaira ummah.
Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif. hindari rasa malu tak bertempat.
Lihat kelebihan diri dan kaji serta perbaiki kekurangan yang ada. anda lebih tahu tentang diri anda berbanding orang lain.
Sentiasa berfikiran positif.
Sentiasa bersedia. jangan bertangguh daripada mencuba. gali dan cari ilmu terhadap benda yang anda tidak tahu.
Hargai diri. jangan jebakkan diri andan kelembah kehancuran.
Tabah dan cekal terhadap sebarang dugaan dan cubaan.

Dengan 
orang lain:
Pilih kawan dan komuniti yang cemerlang.
Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda.
Cari role model atau qudwah hasanah dan sebaik-baiknya ialah Rasulullah.
Maafkan kesalahan orang lain dan ringankan mulut untuk memohon maaf atas kesalahan diri.
Bergaul dengan teman dan individu yang berkeyakinan serta mendorong untuk maju kehadapan.
Berhenti dari membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain.

Selasa, 22 Jun 2010




Adakalannya dalam hidup ini kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & ketawa   
                                                                          




                             Dan adakalanya kita perlu ketawa 
                     Agar kita tahu menghargai nilai setitik air mata 



Kalau kita tidak merasai kesulitan hari ini kita tidak akan merasai kemanisan di kemudian hari